Wednesday, 3 June 2015
Post
Ini adalah post yang terakhir saya tulis untuk semester ini. Pada awal semester, kami satu kelas diberitahu perlu menulis blog untuk satu semester dan setiap post memerlukan sekurang-kurangnya 100 patah perkataan. Pada mulanya saya berasa susah untuk menulis 2 post untuk satu minggu. Setiap kali menulis blog, saya memerlukan masa yang panjang untuk berfikir cerita saya. Tetapi sekarang sudah 28 post yang saya tulis, post ini adalah post ke 29. Melalui menulis post, saya boleh berkongsi pengalaman saya dengan orang lain. Selain itu, saya dapat membaca blog yang ditulis oleh rakan-rakan saya. Rakan-rakan saya akan berkongsi cerita atau pengalaman atau aktiviti seharian melalui meulis post. Ada yang berkongsi maklumat penting atau fakta penting di blog.
Labels:
bebas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment