Wednesday, 3 June 2015

Akhirnya

Akhirnya pada 28 Mei 2015 merupakan hari terakhir saya menghadiri kelas Aplikasi Komputer. Pada
hari tersebut pensyarah saya mahu kami satu kelas membuat satu tugasan “Access” dan tulis sekurang-kurangnya 28 ‘post’ di blog kami. Selepas kelas, kami mengambil gambar satu kelas bersama pensyarah saya.

Walaupun pada awal semester saya berasa menyesal untuk masuk ke kelas ini kerana pensyarah yang ketat dengan peraturan. Walaupun ingin bertukar ke set lain, tetapi tidak ada masa yang sesuai. Oleh itu, kami kekal di kelas itu. Selepas satu semester belajar, saya telah mendapat banyak pengetahuan dan pengalaman baru mengenai penggunaan computer. Saya berasa bersyukur kerana tidak tukar kelas pada awalnya. Kalau saya bertukar ke set yang lain, tidak semestinya saya dapat belajar semua ini. Oleh itu, saya amat berterima kasih kepada pensyarah saya yang memberi begitu banyak pengetahuan kepada kami.

No comments:

Post a Comment