Selepas kelas pada pukul 4, saya dengan seorang rakan sekolej saya telah merancang untuk
menunggang basikal di dataran dewan gemilang. Pada pukul 5, semasa kami berjalan ke pusanika, tiba-tiba hujan. Dengan hati yang sedih dan kecewa, kami balik kolej dan merancang ingin bermain badminton di kolej KKM. Tetapi malangnya, dewan di KKM tidak dapat digunakan sepanjang minggu ini. Akhirnya kami pergi menunggang basikal juga selepas hujan berhenti. Semasa menunggang basikal, seorang lagi kawan telah datang dan kami bertiga ingin ke kolej KIZ untuk makan malam. Tetapi yang lucunya duit yang kami bawa tidak cukup. Saya telah menelefon rakan yang tinggal di KIZ untuk meminjam kami duit. Setelah makan, kami ingin berjalan kaki balik, tetapi ternampak 2 ekor babi hutan. Bernasib baik tidak dikejar olehnya dan kami balik dengan selamat..
No comments:
Post a Comment