Wednesday, 13 May 2015

OKU

Saya ingin menceritakan satu pengalaman berlakon menjadi seorang OKU. Selepas lakonan, saya
berasa betapa syukurnya saya seorang yang tiada kecacatan dari segi fizikal dan mental. Selain itu, saya juga mendapat pengajaran melalui pengalaman ini.

Antaranya ialah saya mengetahui betapa susah mereka yang kurang upaya dalam menjalankan kehidupan seharian mereka. Contohnya, menaik kenderaan, naik tangga dan juga pergi tandas. Mereka memerlukan bantuan daripada orang lain.

Saya juga mempelajari saya harus menolong dan menghormati mereka yang kurang upaya. Menbantu dan menghormati mereka merupakan satu semangat yang besar bagi mereka untuk terus hidup teguh dan menghadapi kesusahan. Jangan sekali-kali pandang rendah terhadap orang kurang upaya kerana mereka juga berhak untuk hidup di dunia ini.

Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama membantu mereka yang kurang upaya.

No comments:

Post a Comment