Wednesday 20 May 2015

Wang Kertas

Pada hari ini, 20 Mei 2015, saya telah melawat ke Muzium dan Geleri Seni di Sasana Kijang. Di situ saya telah mengetahui tentang sjarah mata wang.

Reka bentuk wang kertas Siri Pertama mempunyai empat terbitan. Ia telah digunakan dari tahun 1967 ke 1983 iaitu semasa perkhidmatan Gabenor Bank Negara Malaysia yang kedua dan ketiga. Tiga terbitan yang pertama telah ditandatangani oleh Tun Ismail Ali manakala terbitan yang keempat ditandatangani oleh Tan Sri Abdul Aziz Haji Taha. Dalam pada itu, tera air kepala seekor harimau telah menjadi ciri unik keselamatan bagi keempat-empat terbitan wang kertas ini.


Wang kertas yang asal telah dicetak dalam pecahan $1, $5, $10, $50, $100 dan $1000. Sehingga ke hari ini, kesemua wang kertas memaparkan gambar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama iaitu DYMM Tuanku Abdul Rahman ibni Al-marhum Tuanku Muhammad. 


No comments:

Post a Comment