Wednesday 27 May 2015

Pembentangan Powerpoint

22/5/2015 merupakan hari yang panjang dan letih kerana mempunyai pembentangan powepoint aplikasi komputer. Kami satu kelas duduk di bilik tayangan selama 6 jam untuk pembentangan. Tajuk
yang kumpulan saya bentangkan ialah OKU. Tajuk-tajuk bagi kumpulan lain ialah sampah, pensyarah, yuran dan lain-lain lagi. Semua tajuk adalah pelik dan susah, tetapi semua kumpulan mempunyai kreativiti dan idea yang baik untuk membuat tajuk tersebut. Tajuk yang dibuat hanya boleh di kawasan FEP. Pada hari itu, banyak kumpulan yang datang awal kerana ingin ambil giliran untuk bentang awal. Pada masa 6 jam tersebut, ada kumpulan yang bentang dengan menarik, ada yang membosankan, ada yang tidak tahu apa yang mereka bentangkan. Kebanyakan video yang ditayangkan adalah menarik, walaupun ada yang tidak faham apa yang mereka mahu sampaikan, ada yang suaranya tidak jelas. Selepas 6 jam tepat, akhirnya penbentangan telah tamat.

No comments:

Post a Comment