Wednesday, 6 May 2015

Sepuluh

Apakah yang akan anda fikirkan dengan angka sepuluh ini? Umur? Tarikh? Markah? Atau susunan?

Bagi saya, angka sepuluh ini mengingatkan saya tahun. Sepuluh tahun bukan hanya sekadar angka sahaja. Ia merupakan satu tempoh yang sangat lama. Satu persahabatan yang lama. Persahabatan ini dapat dilihat melalui satu kumpulan kawan. 

Sekumpulan kawan tersebut dibesarkan di tempat yang sama. Mereka belajar bersama-sama, pergi sekolah bersama-sama, makan bersama-sama dan juga main bersama-sama. Dalam sepuluh tahun itu, mereka tidak pernah berpisah jauh daripada satu sama lain walaupun gaduh atau adanya salah faham. 

Selepas sepuluh tahun, kebanyakan mereka telah pergi ke tempat yang jauh sambung belajar. Walaubagaimanapun mereka tidak pernah lupa akan kawan mereka. Mereka tetap berhubung walaupun sibuk. Mereka tetap akan berjumpa apabila cuti. 

Walaupun sepuluh tahun sudah berlalu, mereka telah melalui bunyak pengalaman, yang baik mahupun yang buruk, persahabatan mereka tetap kukuh.

No comments:

Post a Comment