Antara kepentingan air kepada manusia ialah air digunakan untuk minum, memasak, mencuci pakaian dan sebagainya. Tanpanya air, kita tidak dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa. Contohnya, isu air di kolej-kolej kediaman universiti. Krisis air telah mendatangkan ketidakselesaan kepada pelajar. Kita terpaksa pergi ke untuk mandi dan juga mengisi air.
Selain itu, air juga penting kepada tubuh badan kita. 70% dari badan kita terdiri daripada air. Kita perlu minum air yang cukup pada setiap hari agar kita tidak mudah sakit. Minum air juga dapat membuat kita berasa segar pada cuaca panas. Minum air juda dapat membantu kita mengurangkan tekanan yang ada.
Air juga penting bagi haiwan dan tumbuhan terutamanya haiwan dan tumbuhan dalam air. Contohnya ikan, udang, rumpai laut dan lain-lain lagi. Sekiranya air di tasik atau sungai telah kering, maka ikan-ikan dan tumbuhan tidak dapat hidup. Tanpa air, haiwandan tumbuhan daratan juga tidak dapat hidup lama kerana mereka juga perlu minum air.
Oleh itu, sebagai seorang yang bertanggungjawab, jagalah kebersihan air yang ada di sekeliling kita dan berjmat-cermat menggunakan air.
No comments:
Post a Comment