Tuesday, 10 March 2015

SILAP

Apakah itu kesilapan? Adakah ia akan mempengaruhi masa depan seseorang?
Bagi saya, kesilapan adalah satu kesalahan yang tidak disengajakan. Saya percaya dalam dunia ini, setiap orang akan melakukan kesilapan dalam kehidupan seharian. Tidak ada manusia yang sempurna. Setiap orang akan melakukan kesilapan dan membetulkannya bagi mengelakkan kesilapan tersebut berlaku sekali lagi.

Kadang-kala, kita tidak sedar pun kita melakukan kesilapan dan ia akan melukakan hati orang lain. Kita ingat kesilapan itu hanya kecil tetapi kemungkinan ia merupakan satu kesilapan yang besar bagi orang lain. Justeru, kita akan berulang lagi kesilapan tersebut sekiranya kita masih tidak mengesan kesilapan kita,

Untuk mengelakkan berlaku kesilapan dalam pertuturan, kita perlu sentiasa berhati-hati dan berfikir dahulu sebelum memberi pendapat agar tidak menyinggung perasaan orang lain, Selain pertuturan, kita juga perlu sentiasa menjaga kelakuan kita.

Kesimpulannya, kesilapan adalah sesuatu kesalahan yang tidak disengajakan. Oleh itu, kita harus sentiasa membetulkan kesilapan kita agar dapat menjadi seorang yang berjaya pada masa depan. Seseorang yang tidak membetulkan kesilapan mereka pasti tidak dihormati dan disukai oleh orang ramai.