RUMAH... Apakah yang anda boleh berkait dengan rumah? Apakah yang anda tahu tentang rumah?
Adakah rumah ialah satu bangunan yang dibuat daripada konkrit dan mempunyai ruang tamu, bilik tidur, dapur, bilik mandi dan juga bilik membaca? Ya.. Sememangnya rumah mesti mempunyai benda-benda tersebut. Kurangnya satu benda maka tidak sempurnalah rumah kita. Selain ruang tamu, bilik tidur, dapur, bilik mandi dan juga bilik membaca, dalam rumah juga perlu perabot seperti sofa, televisyen, peralatan dapur dan lain-lain lagi.
Adakah hanya itu sahaja yang anda dapat fikirkan? Sebenarnya sesebuah rumah mesti ada pemiliknya atau tuan rumah. Pernahkah anda fikirkan sekiranya kita tidak ada tempat tinggal? Adakah anda berterima kasih dan bersyukur adanya rumah untuk tinggal? Oleh itu, kita perlu sentiasa berterima kasih kepada ibu bapa kita yang bekerja keras pada siang dan malam untuk memberikan semua yang terbaik untuk kita. Bukan sahaja berterima kasih, kita juga perlu menghormati mereka dan saling membantu sesama ahli keluarga agar ibu bapa kita berasa gembira.
Ingatlah, seteruk atau sebaik manapun rumah kita, ia tetap ada di sisi kita selama-lamanya.... Bersyukurlah segala yang ada dalam kehidupan kita.