Bagi saya, sudah 4 tahun saya tidak pergi melancong bersama keluarga saya. Walaupun sudah lama tidak melancong bersama keluarga, tetapi saya masih mengingati semua kenangan manis tersebut.
Semasa saya berumur 16 tahun, saya telah melancong ke negeri Sabah bersama keluarga saya. Negeri Sabah merupakan sebuah negeri yang cantik dan penduduk di sana amat mesra dan baik hati. Negeri Sabah mempunyai pulau yang cantik, gunung tinggi iaitu Gunung Kinabalu, pantai yang bersih, makanan yang sedap dan juga udara yang segar.
Kami sekeluarga melancong ke Sabah selama lima hari. Pada hari pertama kami sampai di lapangan terbang Kota Kinabalu, kami terus menaik kereta ke Kundasang. Kami telah tinggal di sana satu malam. Di Kundasang terdapat banyak tanaman organik. Udara di sana sangat segar dan sejuk. Pada keesokan hari, kami telah beli beberapa jenis sayur segar sebelum turun dari Kundasang.
Pada hari ketiga, kami telah pergi ke Pulau Sapi. Air laut di Sabah adalah begitu jernih sehingga dapat melihat haiwan dan tumbuhan laut. Untuk pergi ke pulau, kami bertolak dari jeti Kota Kinabalu. Di situ, kami ternampak ramai pelancong terutamanya pelancong dari luar negara. Setelah beberapa minit, kami berjaya sampai ke Pulau Sapi. Warna air laut adalah amat cantik dan jernih. Di pulau, kami turun ke laut untuk memberi makanan kepada ikan-ikan di kawasan yang cetek. Kami juga melakukan aktiviti menyelam.
Pada hari keempat, kami sekeluarga membeli-belah di pusat membeli-belah yang paling besar di negeri Sabah iaitu 1 Borneo. Selepas itu, kami juga berjalan-jalan di kawasan tepi laut.
Pada hari terakhir di Sabah, kami pergi ke satu pasar tamu yang menjual makanan tempatan dan juga cenderahati. Kami telah membeli banyak cenderahati sebelum balik.
Sepanjang perlancongan ini merupakan kenangan yang manis bagi kami sekeluarga. Oleh itu, janganlah kita lupa meluangkan masa lapang kita bersama-sama keluarga kita selagi ibu bapa kita masih ada.
No comments:
Post a Comment