Wednesday, 25 March 2015

Alasan

Pernahkah anda beri alasan untuk menolak sesuatu jemputan? Atau memberi alasan untuk tidak
mengaku kesalahan yang dilakukan? Saya percaya, setiap orang di dunia ini pernah memberi alasan dalam kehidupannya.

Adakah alasan itu sesuatu yang baik atau buruk? Bagi saya, memberi alasan perlu sesuai dengan keadaan. Pada masa yang betul, beri alasan yang betul. Contohnya, sekiranya kawan mengajak kita melakukan perkara yang tidak baik seperti merokok, merompak dan sebagainya, kita perlu memberi alasan untuk menolak ajakan tersebut. Sebaliknya, jika anda tidak menepati janji, jangan memberi alasan kerana ia akan menyebabkan kita sendiri akan kehilangan kepercayaan orang lain.

Kepada yang mempunyai pekerjaan atau yang sedang sibuk bekerja, pernahkah anda memberi alasan kepada diri-sendiri untuk ponteng kerja atau bercuti? Contoh alasan yang selalu dijumpai ialah tekanan kerja. Tekanan yang dihadapi oleh pekerja akan menyebabkan seseorang tersebut tidak mempunyai perasaan ingin bekerja semasa di pejabat. Selain tekanan, alasan yang biasa digunakan oleh pekerja ialah berasa diri-sendiri tidak dihargai dan dipergunakan oleh majikan. Ini akan menyebabkan seseorang tersebut tidak berusaha dalam melakukan kerja.

Kesimpulannya, janganlah kita sentiasa menggunakan alasan untuk mengelakkan tanggungjawab kita.

No comments:

Post a Comment