Tuesday 17 March 2015

Pencemaran

Pada zaman sekarang, cuaca semakin hari semakin panas. Ais di kutub utara dan selatan mula
mencair. Air paras semakin hari semakin tinggi, menyebabkan pulau kecil telah dibanjiri. Muka bumi semakin kecil. Semua ini adalah simbol-simbol bumi kita telah sakit disebabkan pencemaran. Apakah pencemaran yang menyebabkan semua ini berlaku?

Antara pencemaran yang berlaku ialah pencemaran air. Air merupakan sumber yang penting bagi manusia dalam kehidupan seharian. Selain untuk minum, air juga penting dalam menjana elektrik. Air juga penting bagi haiwan dan tumbuhan terutamanya hidupan laut. Air yang tercemar akan menyebabkan hidupan laut mati dan juga menjejaskan kesihatan manusia. Pencemaran air disebabkan manusia sentiasa membuang sampah sarap dan sisa toksik ke dalam longkang, sungai serta laut. 

Selain itu, terdapat pencemaran udara. Udara sekeliling kita semakin hari semakin kotor. Ini kerana banyak kilang yang dibangunkan telah membuang asap bertoksik, asap kereta dan juga gas-gas bertoksik dari alat elektronik. Udara yang tidak bersih juga disebabkan kekurangan pokok di sekeliling kita. Pokok bukan sahaja dapat memberikan kita oksigen, ia juga dapat mengurangkan kepanasan sekeliling kita.

Untuk mengurangkan pencemaran berlaku, semua individu memainkan peranan yang penting adar bumi kita terjaga.

No comments:

Post a Comment