Nama saya Tan Sok Thiang. Saya berumur 20 tahun. Saya berasal dari Sarawak. Hobi saya ialah
bermain badminton dan menonton drama. Pada masa lapang, saya juga akan membuat kraftangan. Cita-cita saya ialah menjadi seorang akauntant.
Saya memulakan persekolahan saya pada umur 5 tahun. Selepas, 2 tahun di tadika, saya belajar di SJK (C) CHUNG HUA. Semasa zaman sekolah rendah, saya seorang yang pendiam dan kurang bergaul dengan rakan-rakan sekelas. Ini menyebabkan saya tidak mempunyai banyak kenangan pada zaman kanak-kanak. Selepas memasuki sekolah menengah, saya telah mengenali ramai rakan sekelas. Rakan-rakan saya sudi membantu saya semasa saya menghadapi masalah, kami sentiasa berkongsi bersama tidak kira perkara baik atau tidak. Selepas tamat persekolahan, saya melanjutkan pelajaran di Matrikulasi Labuan. Di matrikulasi, saya telah mengenali ramai kawan yang berasal dari tempat lain. Sepanjang tempoh saya di Labuan, saya telah mengetahui pelbagai budaya dan adat rakan-rakan yang berbangsa lain dan terutamanya yang berasal dari Sabah. Walaupun Labuan jauh dari rumah saya dan ini merupakan kali pertama saya tinggal di asrama bersama orang lain, tetapi saya berasa bangga kerana dapat memasuki kolej matrikulasi yang bagus. Pada bulan September 2014, saya menyambung pembelajaran saya di UKM. Di universiti, saya berasa bertuah kerana masih dapat belajar bersama-sama dengan rakan-rakan saya yang dari matrikulasi yang sama.
Saya seorang yang tidak seberapa rajin, tetapi saya akan sedaya upaya sekiranya saya mempunyai kemahuan untuk membuat sesuatu perkara. Saya tahu saya bukan seorang bijak, oleh itu saya perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan. Saya akan membantu rakan saya yang mempunyai masalah dalam pelajaran.
Ini adalah mengenai diri saya.
No comments:
Post a Comment