Tanggungjawab adalah amat penting bagi seseorang. Nilai bertanggungjawab perlu disemai dalam
diri kita sejak kecil lagi. Apakah tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar?
Antara tanggungjawab yang penting ialah kita perlu memberi perhatian sepenuhnya dalam pembelajaran. Memberi perhatian semasa guru mengajar. Kita juga perlu rajin belajar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Selain itu, tanggungjawab yang penting ialah kita perlu menghormati orang lain, tidak kira sesiapa orang itu sama ada yang muda, yang tua, sama atau tidak sama bangsa dan agama. Menghormati orang lain dahulu sebelum orang lain menghormati kita. Dengan itu, orang lain akan berpandang tinggi dan mempunyai tanggapan yang baik terhadap kita.
Kesimpulannya, kita perlu melaksanakan tanggungjawab kita dengan baik agar kita dapat berjaya dalam kehidupan.
No comments:
Post a Comment