Wednesday 8 April 2015

Amalan membaca

Pada zaman ini, amalan membaca kuraang diamalkan oleh rakyat Malaysia. Ini dapat dilihat apabila
di tempat mengunggu pengangkutan awam. Kebanyakan orang akan menggunakan telefon bimbit berbanding membaca buku.

Apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku di kalangan masyarakat tempatan? Masyarakat zaman sekarang telah didedahkan dengan alat-alat elektronik moden badi memudahkan mereka menjalankan aktiviti harian. Kebanyakan mereka akan menggunakan telefon bimbit untuk melayari internet, ' facebook', 'instagram', ' twitter' dan sebagainya. Ini kerana benda-benda ini lebih menarik minat masyarakat zaman sekarang terutamanya dalam kalangan remaja. Mereka lebih berminat untuk bersosial berbanding membaca.

Oleh itu, kerajaan telah melakukan pelbagai kempen dan aktiviti untuk meningkatkan amalan membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia. Contohnya, poster menyeru rakyat membaca di tempat mengunggu pengangkutan awam, pengiklanan dan kempen membaca. Semua ini adalah untuk menyeru rakyat membaca agar dapat meningkatkan ilmu pengetahuan yang bukan sahaja terdapat dalam buku teks.

Kesimpulannya, marilah kita mengamalkan amalan membaca dalam kehidupan kita!

No comments:

Post a Comment