Wednesday, 22 April 2015

Realiti

Realiti adalah satu kebenaran sesuatu perkara berlaku. Selalunya perkataan realiti ini dikaitkan
dengan perkataan kehidupan, iaitu realiti kehidupan. Apakah yang kita boleh bincangkan dengan realiti kehidupan?

Dalam realiti kehidupan, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas kita. Kepada yang sedang belajar, belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan cemerlang, bukannya hanya mengharapkan nasib yang baik jatuh kepada kita; kepada yang sedang bekerja, bekerja dengan bersungguh-sungguh agar dapat kepercayaan daripada orang lain.

Dalam realiti kehidupan, kita perlu saling menghormati dan menyayangi sesama manusia. Sebagai seorang individu, kita perlu sentiasa menghormati orang lain tanpa mengira bangsa dan agama. Menghormati orang lain dahulu sekiranya ingin dihormati oleh orang lain. Sebagai seorang individu ataupun manusia, sayangilah orang di sekeliling kita, sayangilah haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang ada di sekeliling kita.

Janganlah kita sentiasa berangan-angan mengharapkan sesuatu yang tidak akan berlaku tanpa usaha kita sendiri kerana ianya realiti kehidupan. Bak kata pepatah "mengharapkan bulan jatuh ke riba"

No comments:

Post a Comment