Peraturan ialah undang-undang yang ditetapkan untuk menentukan ketenteraman, keharmonian dan
kelicinan perjalanan aktiviti-aktiviti dalam kalangan masyarakat. Apakah peraturan semasa berada di makmal komputer?
Yang pertama, tidak boleh makan dan minum di makmal komputer. Pelajar tidak boleh membawa masuk sebarang makanan serta minuman ke dalam makmal. Ini adalah untuk menjaga kebersihan makmal komputer. Sekiranya minuman yang dibawa tersimbah ke komputer, ia akan menyebabkan komputer rosak.
Yang kedua, tidak menggunakan sebarang alat elektronik di dalam makmal tanpa kebenaran pensyarah. Ini bagi mengelakkan pelajar salah menggunakan alat elektronik yang mungkin menyebabkan alat tersebut rosak. Ini juga untuk mengelakkan pelajar melayari laman web yang tidak berkaitan dengan sesi pembelajaran.
Peraturan yang seterusnya, pelajar perlu menghormati pensyarah dan rakan-rakan sekelas. Pelajar perlu sentiasa memberi perhatian sepenuhnya semasa pensyarah mengajar di hadapan. Bersembang semasa pensyarah sedang mengajar bukan sahaja tidak menghormati pensyarah, juga dikira tidak menghormati pelajar yang lain yang ingin belajar.
Peraturan yang keempat, mematuhi ketepatan masa. Ketepatan masa bukan sahaja datang kelas pada tepat masanya malah juga menghantar tugasan yang diberikan pada masa yang ditetapkan. Ketepatan masa dapat menunjukkan sifat tanggungjawab seseorang terhadap masa dan tugas yang diberikan.
Empat peraturan yang terdapat di atas adalah amat penting untuk kita mematuhinya semasa di makmal komputer.
No comments:
Post a Comment