Wednesday, 1 April 2015

Kasih Sayang

Definisi kasih sayang ialah kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir
daripada hati yang ikhlas. Kasih sayang bukan sahaja kepada ahli keluarga, malah juga terhadap negara, alam sekitar, individu lain dan haiwan.

Kasih sayang terhadap ahli keluarga. Kita perlu menyayangi ibu bapa kita. Contohnya, membantu ibu bapa menyiapkan kerja rumah, menghormati ibu bapa dan tidak menyinggung perasaan mereka. Selain ibu bapa, kita juga perlu menyayangi adik beradik kita. Adik-beradik merupakan orang yang terdekat dengan kita selain ibu bapa. 

Kasih sayang terhadap negara. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mempunyai perasaan cinta terhadap negara kita. Contohnya, berdiri tegak dan menyanyikan lagu Negaraku semasa lagu Negaraku dibunyikan. Selain itu, kita juga perlu menyambut hari kemerdekaan pada  31 Ogos setiap tahun.

Kasih sayang terhadap alam sekitar. Sebagai seorang individu yang tinggal di atas permukaan bumi ini, kita perlu peka terhadap alam sekitar. Jangan membuang sampah sarap merata-rata tempat. Jangan membakar sampah sarap. Menyayangilah alam sekitar kita.

Kasih sayang terhadap individu lain. Sebagai seorang manusia, kita perlu menyayangi orang lain seperti kita menyayangi keluarga kita. Dengan itu, barulah kita dapat hidup dalam keadaan yang harmoni dan sejahtera serta aman damai tanpa peperangan. 

Kasih sayang terhadap haiwan. Bukan sahaja manusia memerlukan kasih sayang, malah haiwan juga perlukan kasih sayang daripda kita. Sekiranya kita memelihara haiwan di rumah, kita perlu sentiasa menjaga kebersihan dan juga makan minumnya, bukannya membiarkan haiwan pepeliharan kita lapar dan kotor.

Oleh itu, nilai kasih sayang adalah amat penting dalam diri kita. 

No comments:

Post a Comment