Lambat adalah satu nilai yang tidak baik. Contohnya lambat bangun, lambat hantar kerja rumah,
lambat sampai ke suatu tempat dan sebagainya. Semua ini adalah tidak digalakkan untuk diamalkan.
Kita harus membuat sesuatu tepat pada masanya. Lambat akan menyebabkan jadual kerja kita menjadi kelam-kabut. Contohnya, sekiranya kita lambat bangun, maka kita akan lambat ke kelas, ini secara tidak langsung akan merosakkan imej kita di hadapan guru dan rakan sekelas.
Ketepatan masa adalah amat penting semasa menghadiri mesyuarat. Kelambatan ke mesyuarat bukan sahaja akan menjejaskan masa yang ditetapkan untuk mesyuarat malah kita akan diberi tanggapan bahawa kita tidak menganggap mesyuarat tersebut adalah sesuatu penting dan tidak menghormati masa orang lain.
Oleh itu, elakkanlah lambat. Menepati masa kerana masa itu emas, masa yang berlalu tidak akan kembali semula.
No comments:
Post a Comment